Thursday, September 14, 2017

AYID LOKMAN : GERD Dan Endoskopi

Assalammualaikum, hai semua. Kali ni saya nak bercerita tentang penyakit GERD dan ujian Endoskopi. Kisahnya bermula apabila saya seringkali sendawa and mcm nak muntah setiap hari dari jam 7.30mlm-9.30mlm, masa tu adalah masa yang ‘HARAM’ untuk sy makan sebab memang tak boleh makan dan tak de selera makan. Benda ni terjadi saya perasan since 2011 gitu lah. Lama kan???? Sebelum2 ni saya kurang ambil serius bab2 ni, just dalam otak kata “maybe lambat makan kot”… tahun ni benda tu menjadi2.. sendawa and sedu kerap datang.. search lah kat google masalah ni, google kata ni simptom2 gastrik.. huhu.. masa bulan puasa tahun 2017, sendawa dan sedu yang melampau menyerang saya.. dekat 3hr xde selera makan and rasa nk termuntah.. huhh sangat siksa. Saya pun ambik keputusan untuk pergi ke klinik panel USM dan Dr tu cakap saya memg kena gastrik dan dia bagi ubat untuk 5hari. Saya pun mkn dan alhamdulillah sakit tu ok sikit TAPI bendanya dtg lagi seperti biasa. Nak dekat akhir bulan 8 2017 saya nekad nak pergi klinik USM (Pusat Sejahtera USM). Dipendekkan cerita saya pun berjumpa dengan seorang Dr di Pusat Sejahtera USM, iaitu, Dr Ananda. Beliau memaklumkan kpd saya bahawa di Pusat Sejahtera USM tiada kelengkapan untuk membuat rawatan tentang masalah saya, jadi beliau refer sy kpd Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT)USM di Bertam, Penang.

Jadi, temu janji saya ke IPPT USM pada 8 september 2017, pada hari tu, saya pun berjumpa dengan seorang Dr yang bernama Dr. Fitreena Anis. Saya cerita masalah saya dari A-Z. haha.. beliau membuat pemeriksaan di bahagian perut saya dan beliau explain bahawa saya berkemungkinan ada penyakit GERD. Apa itu G.E.R.D ??? Nama penuhnya ialah Gastro-Esophageal Reflux Disease. Secara naturalnya, perut kita mempunyai asid untuk membantu dalam proses mencernakan makanan. Dalam kes saya, Dr beritahu mungkin asid dalam perut saya banyak jadi ia mungkin menghakis lapisan perut saya dan sebab itu selalu sendawa dan rasa mcm nak muntah. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik G.E.R.D Disease.

Tanda-tanda penyakit GERD :
  1. Mengalami kesukaran untuk menelan.
  2. Terjadi peningkatan produksi air liur daripada biasanya.
  3. Mulut menjadi terasa pahit/masam kerana asid perut naik.
  4. Mengalami batuk kering.
  5. Regurgitasi (mual-muntah) makanan atau cairan asid perut (acid reflux).
  6.  Rasa sakit di bahagian perut ada rasa seakan terbakar di area perut.
  7. Perut rasa tidak selesa dan kembung.
  8. Kerap bersendawa.

Kalau ada tanda2 ni boleh lah berjumpa dengan Doktor anda dengan kadar segera.

Selepas semuanya selesai, Dr ada bg ubat (Itopride Hydrochloride & Esomeprazole 40mg) makan selama 1 minggu dan Dr maklumkan kpd saya bahawa beliau akan beri satu temu janji seterusnya untuk membuat ujian Endoskopi OGDS pada 14 September 2017. Apa itu ujian endoskopi OGDS?

OGDS atau Upper Endoscopy adalah satu prosedur di mana Doktor akan memasukkan sejenis tiub fleksibel yang mempunyai kamera di hadapannya ke dalam mulut dan melalui saluran makanan untuk melihat bahagian dalam perut.

Ianya adalah salah satu cara terbaik yang digunakan bagi mengenalpasti sebarang inflamasi, ulser atau ketumbuhan di dalam perut. Selain itu, prosedur ini juga digunakan untuk menghentikan pendarahan dalam perut, pembuangan ketumbuhan (Polip) dan juga dalam meluaskan saluran makanan yang sempit (Dilatation).


Pada 14 september 2017, saya pun dtg semula ke IPPT untuk membuat ujian OGDS. Ya Allah, ujian ni sangatlah saya tak suka dan agak sakit. Bayangkan benda panjang dimasukkan ke dalam tekak sampai ke perut. Boleh bayangkan tak siksanya? Hehe tapi tak pe, demi nak sihat saya sanggup. Lihat gmabar 1 dan 2 di bawah ni, saya tak boleh ambil gambar sebab mmg tak boleh gerak.




               Gambar 1 : A close up of a device Description generated with high  confidence

(SUMBER: https://mediskus.com/wp-content/uploads/2015/11/endoskopi-mediskus.jpg )


             Gambar 2 :  A person standing in a room Description generated with high confidence
(SUMBER: http://etsmedikal.com/tag/endoskopi-cesitleri/ )


Dipendekkan cerita daripada gambar yang Dr tangkap dan beliau tunjukkan kpd saya melalui pemeriksaan OGDS tu menunjukkan bahawa warna perut saya agak kemerah-merahan (bengkak) dan terdapat lebihan asid. Hal ini yang menyebabkan saya kerap merasa tidak selesa di bahagian perut dan kurang berselera. lebih kurang mcm dalam gambar di bawah ni :




(SUMBER : https://tiga9.files.wordpress.com/2015/03/endoskopi.jpg)

Dr kata jgn risau Dr akan bg ubat yg sama (Itopride Hydrochloride & Esomeprazole 40mg) untuk saya makan selama 6 minggu. Selepas 6 minggu, Dr minta saya dtg semula pada 27 Oktober 2017 untuk lihat kesan ubat dan rawatan susulan akan dijalankan. 




sekian saja daripada saya untuk kali ini, ada masa lagi saya update lagi ya..
Doakan agar kesihatan saya dan anda semua cepat sembuh. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik. InshaAllah. Jangan lupa baca lagi blog saya yang seterusnya. BYE…

ni video OGDS : https://www.youtube.com/watch?v=Zxrykg-9bok 

4 comments:

  1. Merkur Progress Adjustable Double Edge Safety Razor - deccasino
    The Merkur Progress is a comfortable, modern double edge razor. Made with premium Merkur Solingen septcasino razors deccasino and hand selected for optimum febcasino shaving experience.

    ReplyDelete
  2. How to play Blackjack for free or for real money - Lucky Club
    With a little research and some tips and tricks on how to play Blackjack for free, there's one thing luckyclub.live you should know. Learn the rules of the game!

    ReplyDelete
  3. Casino Bonus Codes - 100% Up To $300 + 150 Spins
    The 손 풀기 게임 first deposit 봄비 벳 bonus is available to new players at Bet365 as part of the casino bonus 바카라 룰 and this offer casino is available to 게임 종류 new players who are

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah bantu ramai psakit kanser tahap 1–4 sembuh dgn izin Allah.
    Herba ni juga berkesan untuk:

    🔸 Luka kronik kencing manis & gula tinggi
    🔸 Gastrik
    🔸 Sakit lutut
    🔸 Radang paru-paru & sempit (COPD)

    ✔ Boleh amal bersama rawatan hospital & kimoterapi
    ✔ Bantu cepatkan proses sembuh
    ✔ Fokus utama: bunuh sel kanser sampai ke akar – supaya tak berulang
    ✔ 100% herba semulajadi – selamat, tak bertoksik & tak ganggu rawatan moden
    ✔ Boleh amal harian untuk cegah kanser & bantu rwatan penyakit lain



    Ramai dah sembuh! Testimoni pesakit:

    📌 En Sharizal – Kanser Primary Mediastinal Large B-cell Lymphoma Stage 4B, merebak ke paru-paru
    📌 Pn. Nor Hayati binti Hamid – Kanser Payudara ke Paru-paru & Tulang Tahap 4
    📌 En. Mohd Asri bin Ahmad – Kanser Usus Tahap 2
    📌 Suzana binti Ahmad – Kanser Rahim merebak ke lidah Tahap 4
    📌 Nor Azian binti Sarif – Kanser Payudara Triple Negative
    📌 Muhd Aidil Izzat bin Ariffin – Kanser Burkitt Lymphoma, B-cell Phenotype Tahap 4
    📌 Noriza binti Baba – Tapak kaki terbelah sbb kencing manis, hampir dipotong, kini dah bercantum
    📌 Adik Muhd Haziq – Kanser Hodgkin Lymphoma Tahap 4
    📌 Haji Ahmad Hasnal (49 tahun) – Bengkak Prostat
    📌 Muhd Luqman bin Kamaruzaman – Kanser Gastrointestinal stromal tumor, spindle type, high grade Tahap 4
    📌 Noorazimah bt Achin – Kanser Rahim Tahap 3
    📌 Mohd Syafwan Syafiy bin Mohd Hishamuddin – Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic (ALL) Tahap 3
    📌 Siti Fauzilah bt Hj Abdullah – Kanser Pangkal Hidung Tahap 4
    📌 Asma bt Mohd Zain – Kanser Payudara Tahap 3
    📌 En. Ami Azhar – Kanser Kolon Tahap 3

    Dan ramai lagi…




    📹 Nak tengok video testimoni pesakit sembuh?
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com




    ❗ Jangan tunggu sakit melarat.
    Penawar dah ada. Usaha sekarang.
    Saya sedia bantu anda – dari rawatan, pemakanan hingga sokongan emosi.

    📲 WhatsApp: 017-468 7570 Mohd Zuhairi bin Noordin

    ❤ Sharing is caring – bantu sebarkan. Ramai yg dah sembuh. Anda bila lagi?

    ReplyDelete